Isnin, 11 Mei 2009

APAKAH KANSER?

APAKAH KANSER?
Kanser merupakan sekumpulan penyakit yang mempunyai kaitan dengan peranan sel. Sel-sel adalah unit-unit teramat kecil yang membina semua hidupan, termasuk tubuh manusia. Terdapat berbillion sel dalam tubuh setiap manusia.
Kanser berlaku apabila sel-sel yang tidak normal berkembang dan merebak dengan cepat.Sel-sel normal dalam tubuh membiak dan membahagi dan mengetahui bila perlu berhenti membiak. Lama kelamaan ia juga akan mati. Tidak seperti sel-sel normal, sel-sel kanser terus membiak dan membahagi hingga tidak terkawal dan tidak mati.Sel-sel kanser biasanya berkumpul atau berkelompok lalu membentuk tumor.
Tumor yang sedang berkembang menjadi benjolan sel-sel kanser yang boleh memusnahkan sel-sel normal disekitar tumor dan memusnahkan tisu-tisu tubuh yang sihat.Ini membuatkan seseorang itu jatuh sakit.
Kadang kala sel-sel kanser memecah daripada tumor asal dan bergerak ke bahagian lain tubuh, di mana ia terus membiak dan membentuk tumor baru. Beginilah caranya kanser merebak. Perebakan tumor ke tempat baru dalam tubuh dikenali sebagai metastasis.
Penghidap kanser ada kalanya berasa sakit tetapi masih mampu melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan.Kecuali mereka terasa amat sakit, anak-anak dan remaja yang menghidap kanser masih berupaya ke sekolah. Mereka mudah keletihan atau luka, tetapi mereka kadang kala boleh beriadah atau menonton filem di pawagam. Penghidap kanser masih menyukai perkara yang sama sebelum mereka jatuh sakit.
Kanser di kalangan kanak-kanak jarang berlaku, tetapi pada hari ini ramai kanak-kanak yang penghidap kanser mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Jumlah kanak-kanak yang berjaya melawan kanser terus meningkat berikutan penemuan rawatan baru.Oleh itu, ramai kanak-kanak penghidap kanser suatu hari nanti boleh memandu, meneruskan pengajian di kolej, mempunyai karier malah berumahtangga dan berkeluarga.

0 ulasan:

Catat Ulasan