Isnin, 11 Mei 2009

PENYEBAB KANSER

PENYEBAB KANSER
Kanser jarang berlaku kepada kanak-kanak.Kebanyakan kanak-kanak tidak akan menyedari rakannya menghidap kanser.Doktor tidak dapat memastikan kenapa sesetengah orang menghidap kanser sementara yang lain tidak.Namun mereka tahu kanser tidak berjangkit.Anda tidak mungkin menjangkiti kanser daripada orang lain.Kanser bukan disebabkan oleh kuman seperti selsema atau flu. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang untuk mendekati pesakit kanser.


Kanak-kanak juga tidak akan menghidapi kanser daripada apa yang dilakukannya.Sesetengah kanak-kanakmenyangka kepala yang bengkak setelah terlanggar sesuatu boleh menyebabkan kanser atau orang jahat boleh menghidap kanser. Ini tidak benar.
Sebenarnya tabiat yang kurang sihat terutama merokok atau meminum terlalu banyak alkohol setiap hari membuatkan anda lebih cenderung mendapat kanser. Pencemaran seperti asap daripada pembakaran terbuka mengandungi bahan-bahan penyebab kanser. Bahan-bahan kimia toksid yang dibuang ke dalam alam sekitar kesemuanya dikaitkan dengan kanser.

ASAP-ASAP BERACUN
Pembakaran terbuka – asap daripada timbunan dedaun seberat 5 paun mengandungi satu paun pencemaran udara. Kebakaran daun mengandungi karbon monoksida, gas-gas beracun lain, dan zarah-zarahasap boleh memudaratkan paru-paru, serta banyak bahan penyebab kanser.
Ubat nyamuk- satu lingkaran ubat nyamuk boleh membebaskan formaldehid, bahan penyebab kanser, yang menyamai 51 batang rokok.
Lilin – menyalakan lilin di gereja dalam sehari mengeluarkan 20 kali ganda bahan pencemar penyebab kanser berbanding jalan yang sesak. Zarah-zarah halus yang melebihi 20 kali ganda had Kesatuan Eropah
Kayu Gaharu – bakaran kayu gaharu di kuil membebaskan lebih 19 kali ganda bahan kimia penyebab kanser berbanding pencemaran lalu lintas.

0 ulasan:

Catat Ulasan