Khamis, 14 Mei 2009


memang tidak dinafikan bahawa mereka yang mempunyai kandungan kolesterol tidak baik (LDL-C) lebih berisiko mendapat penyakit kardiovaskular (CVD) terutamanya jika disertai dengan faktor-faktor risiko CVD yang lain.

Jika dibiarkan serta tidak dirawat, tahap kolesterol yang meningkat akan membawa kepada penimbunan plak yang progresif, sekaligus membawa kepada aterosklerosis. Seperti diketahui, aterosklerosis adalah penyebab tersembunyi kepada penyakit jantung.

Plak menyebabkan arteri menjadi sempit dan boleh mengurangkan bekalan darah kepada jantung, otak dan organ-organ penting lain.Jika keadaan ini berterusan, plak akan menghalang edaran darah ke jantung dan seterusnya menyebabkan serangan jantung. Jika peredaran darah ke bahagian otak pula terhalang, keadaan ini akan menyebabkan strok.

Namun begitu, tahukh anda bahawa hampir separuh daripada penyakit kardiovaskular berlaku kepada mereka yang kelihatan sihat dan mempunyai tahap LDL-C rendah atau normal.

Risiko penyakit ini mampu dikurangkan jika rawatan awal dilakukan.

Info ringkas
Penyakit Kardivaskular merujuk kepada penyakit yang memberi kesan kepada jantung dan saluran darah diseluruh tubuh.Lebih khusus lagi, bahagian tubuh yang mendapat kesan adalah;
1. JANTUNG :Penyakit Jantung Koronari
*serangan jantung @ myocardial infartion
*sakit dada @ angina
*ritma jantung abnormal @ arrhythmia

2.OTAK : Penyakit Serebvaskular
*kecederaan @ kematian bahagian otak yang disebabkan oleh gangguan tambahan @ kekal pada bekalan darah atau lebih dikenali sebagai strok.

3.ANGGOTA BADAN : Penyakit Vaskular Perifal Berselang-selang
* Rasa lenguh @ kejang terutama yang disebabkan oleh pengurangan bekalan darah pada otot yang terlibat semasa bersenam.

0 ulasan:

Catat Ulasan